Ahad, 8 Januari 2012

SEMAKIN DEKAT TARIKH ITU SEMAKIN LAMBAT TERASA HARI BERTUKAR

Merenung kembali sejarah persahabatan yang tersimpul kukuh, menjadikan hari bertukar terasa semakin lambat . Apakah ini tandanya bahawa talian persahabatan itu amat unik dan luar biasa? Bagiku, yang pasti adalah kerana persahabatan ini terlalu manis untuk diingati semula. Apatah lagi bila  akan bersama lagi di satu masa yang dinanti-nantikan.

     Malam pasti akan pecah oleh gelak ketawa keriangan. Nostalgia lalu bertambah manis untuk dibicara dan dikongsi bersama. Kenakalan masing-masing pasti akan terserlah dan akan menjadikan malam itu nanti suatu yang akan terus diingati dan menyuburkan lagi persahabatan sedia ada.

 Ah, membayangkannya sahaja sudah cukup menjadikan aku gembira!