Selasa, 13 Disember 2011

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI REUNION

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, salam persahabatan dari jauh.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan rakan-rakan sereunion kepada saya untuk mempengerusikan Reunion 831-835 MPKENT yang pertama ini. Kesempatan melalui online ini juga memberikan saya peluang untuk meminta maaf di atas kelemahan pengurusan yang ada bermula dari tarikh saya dicadangkan.

Rakan seperjuangan yang saya hormati,
Untuk merealisasikan suatu yang baru biasanyalah akan menempuh pelbagai kesukaran, sama ada yang kita jangkakan atau pun yang tidak dijangkakan. Maklumlah, kedudukan kita juga berselerak di merata tempat dan ceruk desa negeri Sabah. Sudah pastilah masalah hubungan itu tetap wujud. Namun, alhamdulillah, teknologi membawa kita lebih hampir di antara satu sama lain.

Rakan seperjuangan yang dikasihi,
Meneliti masalah kesukaran untuk hadir di majlis Reunion kita pada 17hb. 12.2011 ini, saya berpendapat, mahu tidak mahu, kita harus mengambil langkah bertindak memilih tarikh baru reunion yang paling sesuai. Saya percaya bahawa, meskipun tarikh baru berubah lagi, ia bukan menjadi masalah kepada kita asalkan matlamat kita tercapai. Kita juga harus akur bahawa kadangkala ketetapan kita harus juga fleksibel.
Jadi, pada mesyuarat secara online besok (14.12.2011 - 8.30 malam), kita putuskanlah apakah tarikh bertuah itu.

Organisasi yang saya cadangkan juga mungkin perlukan perubahan mengikut keperluan dan persetujuan semua. Manalah tahu, perubahan itulah yang akan menyelamatkan perancangan majlis kita nanti. Dengan hati terbuka, saya buka kepada semua untuk membuat apa-apa cadangan terhadap perubahan yang saya maksudkan - hatta kepada perubahan pengerusi sekali pun. Sekiranya berlakulah perubahan itu, saya nasihatkan kepada yang terpaksa diganti, akurlah dengan keputusan sidang mesyuarat nanti.

Rakan seperjuangan yang dinantikan,
Majlis kita mungkin tidak akan semeriah namanya tanpa perancangan yang rapi dan cekap. Gah reunion kita itu bergantung kepada kebijaksanaan kita menguruskannya. Saya percaya bahawa di pihak kita, ada yang pakar dalam pengurusan pengendalian majlis sebegini. Kepada mereka itu saya mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Berilah seberapa banyak ilmu, pengalaman dan kemahiran anda untuk majlis kita!

Apa yang saya harapkan, datang kita menambahkan lagi serinya majlis itu dan berpisah kita bersama satu kenagan manis di samping tersemat semangat baru di hati masing-masing - untuk suatu majlis reunion kedua kita yang lebih gemilang.

Pasti akan lebih banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan esok (14.12.2011 - 8.30 malam) oleh kita, Jadi, rasanya cukuplah sampai di sini dulu ucapan alu-aluan saya sempena Mesyuarat Online Reunion 831-835 MPKENT. Kepada yang terbaca/sudah membaca ucapan ini, sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang belum membacanya terutama sekali mereka yang berada 'di luar zon online'.

Mudah-mudahan, dengan tindakan rakan-rakan itu, mesyuarat kita akan mencapai satu keputusan luar biasa.

Wassalam. Terima kasih.

Khamis, 8 Disember 2011

AJK REUNION 831-835 MPKENT

Pengerusi    : Ramli Johari
Setiausaha  : Zulkifli Hj Suhaili.
Bendahari  : Jali Nordin.
Pengacara Majlis : Halina John Jinuli.
Penempatan/Lojing/Hotel : Harun Wasli dan Ghani hj Kaji.
Persembahan : Sidni Masri
Banner : Jali Nordin
Hadiah : Jukinah Yamat/Beth Benjamin

MESYUARAT REUNION SECARA ONLINE

SEMUA RAKAN SEREUNION 831-835 MPKENT


MESYUARAT REUNION SECARA ONLINE.


TARIKH : 14HB.12.2011
TEMPAT : ONLINE FACEBOOK/GROUP REUNION MPKENT.
MASA : 8.30 MALAM.


AGENDA
1. UCAPAN PENDAHULUAN PENGERUSI.
2. MENETAPKAN AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM
3. MENYUSUN TENTATIF PROGRAM.
4. MENGEMASKINI JK REUNION (JIKA PERLU)
5. HAL-HAL LAIN.


SEMUA RAKAN SEREUNION 831-835 DIKEHENDAKI BERSEDIA ONLINE PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN.


KEHADIRAN DI ONLINE TUAN-TUAN AMAT DIHARAPKAN.


Terima kasih
Pengerusi

Selasa, 22 November 2011

MALAYSIA SUDAH MENANG..REUNION PUN MESTI MENANG!!

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, SAHABAT SEREUNION,
HARI REUNION SUDAH DEKAT
YANG TIDAK BERKESEMPATAN HADIR
HANTARKAN WAKIL
YANG BERKESEMPATAN HADIR
BAWAKAN CENDERAKENANGAN
HARGA JANGAN LEBIH DARI RM25
JANGAN KURANG DARI RM25
DATANG KITA BAWA CENDERAKENANGAN
BERPISAH NANTI BAWA KENANGAN

...
DARI SAYA
ramli hj johari

Rabu, 9 November 2011

Minta maaf banyak-banyak kepada mana-mana kawan yang pernah saya bawa bincang dalam facebook mengenai tugas utama semasa REUNION pada 17hb. Disember 2011 akan datang. Saya perlu ambil tindakan PERUBAHAN. Saya harap perubahan ini tidak akan menyebabkan rakan-rakan berasa kecewa atau berkecil hati terhadap saya. Tapi saya percaya bahawa prasangka tidak baik itu pasti tidak akan berlaku atau lahir di sanubari setiap kita kerana kita adalah SAHABAT yang sentiasa mengasihi sahabat.

Perubahan yang saya maksudkan ialah SUSUNAN JK REUNION kita. Kebetulan dalam blog ini tidak tercatat/ tiada rekod tercatat jadi saya beranggapan bahawa perubahan masih boleh saya lakukan. Tujuan saya hanyalah untuk memastikan REUNION dapat dilaksanakan. Di samping merujuk kepada kesibukan kerja rakan-rakan juga.

Minta maaf..izinkan saya menyusun semula JK REUNION kita.

Pengerusi : Ramli Johari [ tapi kalau mau tukar...saya memang mau betul ditukar]
Setiausaha : Zulkifli Hj Suhaili. ( Kalau masa tu Zul takda..Jali akan memangku Setiausaha)
Bendahari : Jali Nordin. (Tuan Jali, kena bagitaulah no akaun bank supaya kami boleh send money)

Pengacara Majlis : Halina John Jinuli ( sebab suara dia lunak...)
Penempatan/Lojing/Hotel : Harun Wasli dan Ghani hj Kaji. ( orang dekat dengan lokasi dan orang mahir mengurus ini hal)
Persembahan : Sidni Masri ( sebab  Cikgu Sidni penyanyi...paling sesuailah..ngam bekerja sama Halina)
Banner : Jali Nordin ( Tuan Jali done it already)
Hadiah : Jukinah Yamat ( Paling berkemahiran antara kita)

MANA-MANA JK perlu ada..kita lantik semasa pertemuan di siang hari pada tarikh tersebut.

Untuk makluman Harun Wasli.... dapatkan maklumat mengenai penginapan itu. Dapatkan maklumat juga tentang siapa mau menginap malam itu. Hubungi Tuan Ghani hj Kaji dalam hal ini.

Untuk tindakan Tuan Jali Nordin, banner tu tuan punya taulah cari sponsor. Untuk pastikan kawan-kawan send money to you...jangan lupa bgtau no akaun. Tapi kalau menagih..tunggulah sudah gaji..baru ngam!

Sidni...fikir-fikirlah macamana punya cara persembahan mau dibuat dan diatur. Tuan lebih mahir dalam ini kerja daripada saya..

Jukinah : Pandailah cikgu atur macamana mau urus pasal hadiah. Kami lelaki ni nda berapa ok dalam bab ini.

OK RAKAN SEREUNION.
APA-APA KEKURANGAN DALAM JK INI HARAP BERSABAR TETAPI SEGERALAH MEMBERIKAN CADANGAN KEPADA SAYA UNTUK SAYA TAMBAH DAN BETULKAN.

REUNION HAMPIR TIBA... !

Wassalam

Jumaat, 28 Oktober 2011

SEMBANG PAGI REUNION - KRONOLOGI KEHIDUPAN

Kronologi kehidupan : Ramli dan Zulkifli -

Berasal dari satu daerah yang sama dipanggil Tuaran. Bersekolah pula di satu sekolah bernama SMK Badin, Tuaran. Bersama-sama mencipta rekod baru kelulusan SRP [ketika itu] bagi sekolah ini iaitu rekod kelulusan tertinggi daripada sebelum itu. Belajar pula di dalam satu kelas semasa Tingkatan 4.

Berpisah ketika Tingkatan 5 kerana Ramli berpindah ke SMK Abdul Rahim, Kudat dengan tujuan memisahkan diri daripada kehidupan 'leka' dan disebabkan bimbangkan akan gagal SPM.

Bertemu semula dengan Zulkifli di Maktab Perguruan Kent, Tuaran. ..Memang jodoh tu ada, mereka berdua ditakdirkan pula belajar dalam unit yang sama - 834. Dan di maktab inilah mereka mengenali semua rakan yang amat akrab sehingga kini. Rakan-rakan akrab ini adalah dari unit 831, 832,l 833, 834 dan 835.

Bagaimanapun, demi tugas yang mulia ... semuanya berpisah ke serata daerah dan pelusuk negeri Sabah. Mendidik anak bangsa dengan penuh tanggungjawab. Syukur..berkat perjuangan suci itu, sehingga kini hampir kesemua rakan-rakan disebutkan di atas telah memegang jawatan Guru Besar, Timbalan Pengetua Penolong Kanan di sekolah menengah dan sekolah rendah. Syabas kepada rakan-rakan yang dimaksudkan.

Zulkifli hj Suhaili - kini bertugas di JPN Sabah (Bahagian Peperiksaan).
Jais Siarus - kini bertugas di IPG Keningau (Pensyarah/Sukan)

JUMPA KALIAN DI REUNION AKAN DATANG.





Isnin, 27 Jun 2011

TARIKH 17 ATAU SELEPAS KRISMAS?

SALAM PERSAHABATAN DARI JAUH...
TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN, SAYA MEMIKIRKAN BAHAWA PADA TANGGAL 17HB DISEMBER ITU TERLALU HAMPIR DENGAN TARIKH KRISMAS (25HB DIS.) BAGI RAKAN-RAKAN YANG MENYAMBUT HARI NATAL/KRISMAS.

MUNGKIN TARIKH ITU AKAN MENYUKARKAN MEREKA HADIR KERANA KEPERLUAN PERSEDIAAN MENYAMBUT HARI KRISMAS. MAKLUMLAH, SERBA SERBI MAHUKAN PERBELANJAAN UNTUK MENYAMBUTNYA.

OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENGHARAPKAN FEED-BACK DARIPADA RAKAN-RAKAN YANG BERAGAMA KRISTIAN TENTANG TARIKH TERSEBUT ATAU CADANGAN TARIKH BARU YANG DIRASAKAN LEBIH SESUAI UNTUK SEMUA.

PADA SAYA, TARIKH SELEPAS KRISMAS ADALAH LEBIH 'MEMUDAHKAN' UNTUK SEMUA HADIR. TAMBAHAN PULA, TARIKH DI PENGHUJUNG TAHUN SELALUNYA ADA YANG ISTIMEWA...SAMBIL MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 MENJELMA!

APA PUN... PERSETUJUAN BERSAMA HARUS KITA UTAMAKAN!!
OK BAH KAN?

TERIMA KASIH.



Khamis, 23 Jun 2011


INGIN BAHAGIA - AZIZ JAAFAR & SALOMA


( UNTUK MENDENGARNYA --> KLIK JUDUL LAGU DI ATAS )

P:  INGAT DI HATI INGIN BERKEKALAN DENGANNYA
L:  APA SALAHNYA KALAU SUDI KANDA PUN SAMA
P: HATIKU REDHA KALAU ABANG SUDAh SUKA
    SUDAH LAMA BERCINTA, HATI SUSAH JUGA, NAK MELEPASKANNYA

L: KANDA MENYANGKA, KASIH TIDAK AKAN BERUBAH
P: KALAU BEGITU, DINDA TETAP AKAN PERCAYA
L: KANDA PERCAYA, KALAU HATI SUDAH SUKA
    APA INDAH SAHAJA, TUA ATAU MUDA, TAK MEMILIH RUPA

P: KALAU YAKIN HATI, APA DITUNGGU LAGI
L: HATI MEMANG SUDI, TAKDA YANG NAK DISEMBUNYI
L/P: BERSAMALAH KITA MEMADUKAN ASMARA
        BERKaSIH BERCINTA SEMOGA KITA BAHGIA

Solo/instrumental

P: MUNGKINKAH DAPA,T KITA BEGINI SETERUSNYA
L:  JANGANLAH RAGU, KANDA TETAP KASIHKAN DINDA
P: DINDA MENYANGKA, KALAU KEKANDA SETIA
     HIDUP AMAN BAHGIA, BAGAI DALAM MIMPI, BERADA DI SYURGA

L: JANGAN DISANGKA KANDA HANYA BERSENDA-SENDA
P: DINDA HALUSI BUDI PEKERTI SENENTIASA
L/P: UNTUK MENDAPAT BUKTI DARI DALAM JIWA
        SEPERTI DAN MENGAPA, PERLU DENGAN NYATA, JANGAN SALAH SANGKA

L: MASIH LAMA LAGI, SAMA KITA HALUSI
P: SUPAYA TAK SANGSI, KASIH SAYANG KITA DIRI
L/P: BERJANJILAH KITA, BERSAMALAH PERCAYA
        BERTEMU BAHGIA, BERKESAN KASIH MESERA

Khamis, 16 Jun 2011

CADANGAN PENGISIAN PROGRAM

TUAN-TUAN/PUAN-PUAN/CIK YANG DIHORMATI,
OLEH KERANA BELUM JUGA MENDAPAT SENARAI KETUA-KETUA UNIT UNTUK REUNION AKAN DATANG, MAKA ADALAH DIHARAPKAN KALIAN DAPAT MEMBERIKAN CADANGAN PENGISIAN PROGRAM TERSEBUT.

HANTARKAN CADANGAN ANDA MELALUI KOMEN DI RUANG BAWAH BAHAGIAN KIRIMAN BLOG INI. TAPI ANDA MUNGKIN TIDAK DAPAT MEMASUKKAN SEBARANG KOMEN SEBELUM MENDAFTAR MENJADI AHLI/FOLLOWER/IKUT.

JADI DAFTARKAN KEAHLIAN ANDA TERLEBIH DAHULU. LEBIH BAIK CADANGAN ITU MASUK KE BLOG INI KERANA MEMUDAHKAN SAYA UNTUK MELIHAT KESEMUA CADANGAN DAN MENERBITKAN CADANGAN ITU UNTUK SEMUA SEBELUM DIPERHALUSI.

SENANG SAJA BAH KASI MASUK NAMA SEBAGAI AHLI TU...TEKAN SAJA TU BUTANG 'IKUT'. KALAU CUMA HARAP DI FACEBOOK, SUSAH MAU CARI. OK BAH KAN?

SEKIAN. SELAMAT BERJUMPA DI REUNION PERTAMA NANTI.

ramli

Jumaat, 10 Jun 2011

TOLONG LANTIK KETUA-KETUA UNIT...!!!

Tuan-tuan yang dihormati,
Tolong lantik Ketua-ketua Unit...bagi memudahkan pengurusan dalam kumpulan unit masing-masing.

Ketua Unit akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan gambar unit masing-masing.
Gambar tu nanti akan saya masukkan ke dalam blog ini.

Kamu bincanglah, mengikut unit masing-masing, siapa harus dilantik sebagai

Ketua Unit.
Setiausaha,
Bendahari,
AJK : 1. Persembahan
          2. Hadiah/Cenderahati.
Hanya perkara ini yang perlu saya ketahui pada peringkat ini. Selepas ini, akan saya maklumkan apa perlu dibuat lagi.
Terima Kasih.
...................................................................................

Bagi Unit 834, Ketua Unit --> Tuan Zulkifli hj Suhaili.

Tuan Zul, Tolong pilih 4 orang lagi bagi tugas dinyatakan di atas.

Khamis, 13 Januari 2011

MENJEJAKI PERSAHABATAN YANG TERPISAH

Salam Persahabatan untuk semua.
Kepada semua rakan sejawat sesi 831-835, terlebih dahulu ingin saya ucapkan Salam Pendidikan, Salam Satu Malaysia, Selamat Hari Guru 2011 dan selamat mengunjungi Blog Reunion MPKent 831-835, Menjejaki Persahabatan Yang Terpisah.

Menyahut cadangan rakan-rakan yang meminta saya untuk menjadi Pengerusi REUNION MPKENT 831-835, saya sediakan blog ini untuk kita semua, menyatakan nama penuh dan lokasi tempat bertugas bagi memudahkan kita berhubung bermula dari sekarang hinggalah ke hari reunion yang dipersetujui nanti.

Hantarkan maklumat rakan-rakan ke dalam blog ini melalui ruang komen yang tersedia. Saya mengsyorkan dan mengharap agar semua rakan dapat daftar nama dalam IKUT bagi memudahkan kita semua.

Sekian. Salam Rindu Untuk Semua.