Selasa, 13 Disember 2011

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI REUNION

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, salam persahabatan dari jauh.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan rakan-rakan sereunion kepada saya untuk mempengerusikan Reunion 831-835 MPKENT yang pertama ini. Kesempatan melalui online ini juga memberikan saya peluang untuk meminta maaf di atas kelemahan pengurusan yang ada bermula dari tarikh saya dicadangkan.

Rakan seperjuangan yang saya hormati,
Untuk merealisasikan suatu yang baru biasanyalah akan menempuh pelbagai kesukaran, sama ada yang kita jangkakan atau pun yang tidak dijangkakan. Maklumlah, kedudukan kita juga berselerak di merata tempat dan ceruk desa negeri Sabah. Sudah pastilah masalah hubungan itu tetap wujud. Namun, alhamdulillah, teknologi membawa kita lebih hampir di antara satu sama lain.

Rakan seperjuangan yang dikasihi,
Meneliti masalah kesukaran untuk hadir di majlis Reunion kita pada 17hb. 12.2011 ini, saya berpendapat, mahu tidak mahu, kita harus mengambil langkah bertindak memilih tarikh baru reunion yang paling sesuai. Saya percaya bahawa, meskipun tarikh baru berubah lagi, ia bukan menjadi masalah kepada kita asalkan matlamat kita tercapai. Kita juga harus akur bahawa kadangkala ketetapan kita harus juga fleksibel.
Jadi, pada mesyuarat secara online besok (14.12.2011 - 8.30 malam), kita putuskanlah apakah tarikh bertuah itu.

Organisasi yang saya cadangkan juga mungkin perlukan perubahan mengikut keperluan dan persetujuan semua. Manalah tahu, perubahan itulah yang akan menyelamatkan perancangan majlis kita nanti. Dengan hati terbuka, saya buka kepada semua untuk membuat apa-apa cadangan terhadap perubahan yang saya maksudkan - hatta kepada perubahan pengerusi sekali pun. Sekiranya berlakulah perubahan itu, saya nasihatkan kepada yang terpaksa diganti, akurlah dengan keputusan sidang mesyuarat nanti.

Rakan seperjuangan yang dinantikan,
Majlis kita mungkin tidak akan semeriah namanya tanpa perancangan yang rapi dan cekap. Gah reunion kita itu bergantung kepada kebijaksanaan kita menguruskannya. Saya percaya bahawa di pihak kita, ada yang pakar dalam pengurusan pengendalian majlis sebegini. Kepada mereka itu saya mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Berilah seberapa banyak ilmu, pengalaman dan kemahiran anda untuk majlis kita!

Apa yang saya harapkan, datang kita menambahkan lagi serinya majlis itu dan berpisah kita bersama satu kenagan manis di samping tersemat semangat baru di hati masing-masing - untuk suatu majlis reunion kedua kita yang lebih gemilang.

Pasti akan lebih banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan esok (14.12.2011 - 8.30 malam) oleh kita, Jadi, rasanya cukuplah sampai di sini dulu ucapan alu-aluan saya sempena Mesyuarat Online Reunion 831-835 MPKENT. Kepada yang terbaca/sudah membaca ucapan ini, sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang belum membacanya terutama sekali mereka yang berada 'di luar zon online'.

Mudah-mudahan, dengan tindakan rakan-rakan itu, mesyuarat kita akan mencapai satu keputusan luar biasa.

Wassalam. Terima kasih.

Khamis, 8 Disember 2011

AJK REUNION 831-835 MPKENT

Pengerusi    : Ramli Johari
Setiausaha  : Zulkifli Hj Suhaili.
Bendahari  : Jali Nordin.
Pengacara Majlis : Halina John Jinuli.
Penempatan/Lojing/Hotel : Harun Wasli dan Ghani hj Kaji.
Persembahan : Sidni Masri
Banner : Jali Nordin
Hadiah : Jukinah Yamat/Beth Benjamin

MESYUARAT REUNION SECARA ONLINE

SEMUA RAKAN SEREUNION 831-835 MPKENT


MESYUARAT REUNION SECARA ONLINE.


TARIKH : 14HB.12.2011
TEMPAT : ONLINE FACEBOOK/GROUP REUNION MPKENT.
MASA : 8.30 MALAM.


AGENDA
1. UCAPAN PENDAHULUAN PENGERUSI.
2. MENETAPKAN AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM
3. MENYUSUN TENTATIF PROGRAM.
4. MENGEMASKINI JK REUNION (JIKA PERLU)
5. HAL-HAL LAIN.


SEMUA RAKAN SEREUNION 831-835 DIKEHENDAKI BERSEDIA ONLINE PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN.


KEHADIRAN DI ONLINE TUAN-TUAN AMAT DIHARAPKAN.


Terima kasih
Pengerusi