Sabtu, 21 Januari 2012

TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN!

Untuk kali terakhir ( walau bukan pengerusi lagi),
Terima kasih atas kehadiran rakan-rakan sereunion. Selepas keletihan dari pagi hingga ke saat rasminya reunion dilaksana, kehadiran kita sebenarnya adalah suatu kejayaan. Kejayaan memulai sesuatu yang baru. Sebagai perintis - lalu kita pun tahu, aspek mana perlu diambil perhatian serius di samping ketetapan mutlak yang mesti didahulukan dalam membuat perancangan seperti ini.

Sememangnya sudah terbukti dalam catatan sejarah bagi setiap perkara yang pertama, perlukan banyak 'pembaikan' untuk perkara yang sama di kali kedua dan seterusnya. Namun, keseronokan pertama pasti tidak akan ada tolok bandingnya apatah lagi pertemuan semula bagi perpisahan yang telah menjangkau jangka masa 26 tahun panjangnya. MANISnya kenangan pertemuan semula itu, hanya yang hadir dapat memahaminya.

Semoga, selepas ini...selain daripada tempat yang lebih selesa dan memenuhi 'pakej' yang kita kehendaki, lebih ramai lagi yang dapat hadir. Malah, adalah lebih baik sekiranya semuanya dapat hadir. Rancanglah masa anda. Luangkanlah masa. Usia kita tidak kita ketahui di mana penghujungnya jadi selagi masi ada usia...datanglah!

Salam akhir dari saya (Pengerusi Reunion 1)...jumpa lagi di reunion akan datang. Salam Persahabatan selama-lamanya.